Thursday 26 February 2015

CUCUR IKAN BILIS YANG SUNGGUH GEBU SEMUDAH ABC!!!


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh  kepada semua pembaca blog ummul zikri .

Syu doakan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berada di bawah lindungan rahmat-NYA sentiasa .

Hari ini syu nak berkongsi dengan anda resepi istimewa rekaan syu yang teramat ringkas dan senang semudah abc khas untuk ibu-ibu yang bekerjaya dan juga pemalas macam syu ni..huhu





Syu buat pertama kali tak masukkan yis pun, tapi adik-adik suka makan. Suami pun suka juga cucur bilis ni ,huhuu..dah banyak sangat buat, syu pun tambah yis dalam adunan dan hasilnya memang lagi gebu dan lembut..

Jom kita tengok bahan-bahan untuk membuatnya.

BAHAN-BAHAN :

½ kg tepung gandum
½ mauripan@yis ( 1 plastik ada 11 gram)



Garam secukupnya
2@3 genggam ikan bilis

CARA-CARA-NYA :

1.Masukkan ikan bilis ke dalam lesung dan ditumbuk. (boleh juga kalau nak guna blender)
2.Masukkan garam dan air suam ke dalam lesung dan kacau.
3.Masukkan tepung gandum, mauripan@yis ,dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam sebuah bekas.
4.Tambahkan air biasa ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati adunan. Pastikan adunan tak terlalu pekat, tetapi cair sederhana.
5.Biarkan selama 30 minit @ sejam ,kemudian bolehlah digoreng dalam minyak yang betul-betul panas.
6.Selepas warna cucur sedikit kekuningan, angkat dan toskan.




CARA BUAT SOS :

Masukkan sos cili, garam, gula dan air ke dalam bekas dan kacau sehingga sebati.
P/S : Boleh juga kalau nak tambah sayur kangkung atau jagung juga .



SELAMAT MENCUBA !!


Sekian sahaja perkongsian syu hari ini.Akhir kalam,syu doakan anda semua kaya dan berjaya dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Salam sayang dari syu,

~KEJAR AKHIRAT BERSAMA SHAKLEE , DUNIA  PASTI AKAN MENYUSUL~
  
Jika anda suka dengan entry ini , mohon anda tekan button SHARE di bawah . Semoga ia turut memberi manfaat kepada orang lain juga.




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?


Ingin menjana pendapatan 2,3,4,5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?(bergantung pada usaha anda)

Hubungi NUR SYUHADA untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
       
NUR SYUHADA BT MOHD ZAINOM

Shaklee ID : 1164154

syuizikri@gmail.com

019-4515590 (SMS@ WhatsApp)





DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! Rahsia Mia Menghasilkan Jualan RM1 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan At 'Zero Cost Marketing' Selepas Mengikuti Seminar Dr Azizan Osman Sehingga Terpaksa Berhenti Kerja. Kini Mia Menjadi Working-At-Home-Mom Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan Hanya Dari Rumah.Semoga Bermanfaat...
KLIK DI http://www.ebookniaga.com/sorryboss/ummul











No comments:

Post a Comment