Wednesday 28 January 2015

SAAT-SAAT GETIR SYU SEMASA BANJIR – PART 1



Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh  kepada semua pembaca blog ummul zikri .

Syu doakan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berada di bawah lindungan rahmat-NYA sentiasa .

Hari ini , Syu nak berkongsi dengan anda semua berkenaan pengalaman getir dan cemas syu semasa banjir yang melanda negeri Kelantan penghujung Disember 2014.


Rabu, 24 disember 2014

Pada hari rabu, suami syu telah pergi bekerja di salor, pasir mas. Pada hari tersebut, hubby syu telah memberitahu syu, kemungkinan dia akan balik ke rumah mak mertua syu di kg. pulai chica tinggi untuk melihat keadaan di sana. Malamnya, hubby syu tidur di pasir mas.

Khamis, 25 disember 2014

Keesokannya , hubby syu telah menelefon syu mengatakan dia tidak dapat ke tempat kerja kerana air sudah naik di kawasan salor. Jadi , hubby syu telah berpatah balik ke rumah mak mertua syu. Kebetulannya hubby syu mengadu tidak sihat dan demam.

Pada malamnya, hubby syu telah menelefon syu iaitu pada pukul 7.30 malam mengatakan elektrik telah dipotong di kawasan tersebut. Air pula setakat tangga rumah. Hubby syu berpesan kepada syu agar  memastikan bateri  handphone sentiasa penuh dan sentiasa berjaga-jaga dengan banjir .Keadaan di Ketereh masih terkawal dan elektrik pun masih ada lagi.

Pada pukul 8.30 malam, syu menelefon hubby bertanyakan keadaan di sana . Hubby syu mengatakan bateri handphone hanya tinggal 50% dan dia sedang tidur . Air masih di paras anak tangga . Malamnya dalam pukul 1 pagi syu ada  mesej , tetapi tidak berjawab.

Jumaat, 26 disember 2014

Hubby syu masih menyepi . Syu akhirnya cuba menghubungi adik ipar yang berada di perak ,dan dia mengatakan air telah naik ke paras pinggang pada pukul 1 pagi semalam.Dia juga mengatakan semua penduduk telah berpindah ke kawasan sekolah.

Pada pukul 1 tengah hari, elekrtik telah tiada di ketereh. Alhamdulillah syu dan keluarga telah bersiap sedia dan memastikan bateri telefon dicas penuh. Pukul 4 petang , elektrik ada semula dan kami bersyukur dengan keadaan tersebut.

Kami juga difahamkan stok makanan susah untuk didapati disebabkan banyak jalan terpaksa ditutup dan perhubungan dengan negeri luar kemungkinan akan terputus.Syu dan keluarga telah membeli stok makanan yang banyak untuk bekalan harian seperti beras, lilin dan telur.

Memang orang ramai berebut-rebut mengisi minyak kereta dan membeli barangan harian menyebabkan kedai runcit berdekatan kehaabisan stok. Keadaan bertambah genting apabila mesin ATM juga tidak dapat digunakan akibat kehabisan duit pada mesin ATM.

Adik ipar syu mengatakan dia dapat maklumat dari kawan dia yang mengatakan makanan tidak sampai di sekolah tersebut dan malam baru diorang dapat makan.

Ada makcik di kampung syu mengatakan dia sedih sebab teringat kat cucunya yang sedang kelaparan dan terperangkap di pasir mas. Anaknya memberitahu mereka hanya dapat makan roti sahaja dan semasa bercakap di telefon, makcik tersebut terdengar cucunya yang mengadu kelaparan.

Sehingga malam, syu tidak mendapat sebarang perkhabaran tentang keadaan hubby syu.Syu sungguh risau dan terbayang arus yang deras menyerang mereka kerana adik ipar syu mengatakan ada rumah yang rosak teruk.Dan yang paling syu bimbangkan hubby syu terperangkap atau sedang bergayut di pokok .huhuhu

Syu cuba menelefon bantuan banjir di Pasir Mas , tetapi tiada talian dan tak berjawab.Akhirnya syu dapat menyambung talian pada sebelah malamnya, kalau tak silap syu, balai polis pasir mas.Pegawai tersebut mengatakan bantuan bomba , tentera telah diberikan di kampung tersebut. Semasa pegawai bertanyakan siapa yang syu risaukan, terus syu sebak dan terpaksa mengawal suara dari menangis.

Pada pukul 12.30 malam, hubby syu telah menelefon syu . Dia mengatakan air makin naik di kawasan sekolah tersebut dan kemungkinan tak dapat hubungi syu lagi kerana bateri handphone semakin lemah.

Syu masih ingat pesanan hubby syu pada waktu tersebut

‘’Sayang jaga anak-anak ye. Apabila air naik kat keterh, sayang dan anak-anak kena pindah awal-awal ke tempat yang selamat.Jangan lupa bawa al-quran dalam beg dan baca ye sayang. Jangan tunggu sampai air mendadak naik. Jangan lupa mesej abang keadaan sayang kalau dah berpindah.Abang akan cari sayang dan anak-anak nanti kat tempat tu’’

Masa tu , syu teramat sebak sangat-sangat ,hanya mampu jawab oklah abang . Perbualan itu hanya sekejap je, kerana bateri handset suami sudah habis.Malam itu, syu menangis dan merasakan itu amanat terakhir hubby syu dan merasakan syu akan berpisah lama akibat banjir ni. Syu hanya mampu berdoa agar syu masih berpeluang berjumpa dengan hubby syu lagi di dunia ini.

Sabtu, 27 disember 2014

Syu menghantar mesej kepada hubby syu mengatakan kawasan ketereh masih ada elektrik dan air juga belum naik di kawasan tersebut. Adik ipar syu mengatakan hubby dan keluarga masih di pusat pemindahan dan air makin surut sehingga ke paras lutut.

Pada malamnya , syu telah menerima perkhabaran dari whassup yang air yang berkelajuan tinggi dan bergerak laju akan menyerang di kawasan banchok, kubang kerian, pasir tumboh dan dijangka akan tiba dalam pukul 3-4 pagi .

Syu betul-betul tidak dapat tidur lena malam tersebut. Biasanya syu tidur dalam keadaan gelap, tetapi malam tersebut syu buka lampu semasa tidur. Maklumlah bilik syu paling rendah , kalau air naik, memang bilik syu yang akan kena , tambah-tambah lagi syu tidur tanpa katil.huhuhu

Pukul 3 pagi, lampu bilik syu telah terpadam dengan sendirinya, ini menandakan elektrik di seluruh ketereh telah tiada. Syu telah memberitahu abang long dan ma syu yang tidur di ruang atas rumah bahawa keadaan sudah gelap. Kami telah membuka pintu dan tiada tanda-tanda air datang , jadi kami menyambung tidur semula.

Bagaimanapun, syu sentiasa berjaga-jaga dan lampu handset sentiasa terpasang . Lampu tersebut automatic akan terpadam dalam masa beberapa minit, jadi syu sentiasa tersedar dan cepat-cepat buka lampu. Malam itu juga, syu telah memasukkan barang-barang penting ke dalam sebuah beg. Syu paling risau air tali air depan rumah syu akan melimpah , dan semestinya arus air akan deras mengalir . Rumah kami berada di kawasan bukit dan hanya 3 buah rumah di kawasan rumah syu.

Sungguh , syu takut nak melelapkan mata walau sepicing pun, dan syu betul-betul tak boleh tidur sehingga azan subuh. Syu seolah-olah berhalusinasi dan mendengar macam suara bising , padahal tiada apa pun. Syu ingat ada orang yang datang suruh berpindah ke..hehe.. Selepas solat subuh, mata syu terus terlelap .huhu


Rasanya sudah cukup panjang perkongsian syu hari ini, nantikan sambungannya di part 2 ye.Sekian sahaja coretan syu kali ini..Semoga perkongsian syu ini memberi  ilmu yang baru buat anda semua.

Akhir kalam,syu doakan anda semua kaya dan berjaya dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Salam sayang dari syu,

~KEJAR AKHIRAT BERSAMA SHAKLEE , DUNIA  PASTI AKAN MENYUSUL~
  
Jika anda suka dengan entry ini , mohon anda tekan button SHARE di bawah . Semoga ia turut memberi manfaat kepada orang lain juga.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?


Ingin menjana pendapatan 2,3,4,5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?(bergantung pada usaha anda)

Hubungi NUR SYUHADA untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
       
NUR SYUHADA BT MOHD ZAINOM

Shaklee ID : 1164154

syuizikri@gmail.com

019-4515590 (SMS@ WhatsApp)



DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! Rahsia Mia Menghasilkan Jualan RM1 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan At 'Zero Cost Marketing' Selepas Mengikuti Seminar Dr Azizan Osman Sehingga Terpaksa Berhenti Kerja. Kini Mia Menjadi Working-At-Home-Mom Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan Hanya Dari Rumah.Semoga Bermanfaat...
KLIK DI http://www.ebookniaga.com/sorryboss/ummul

3 comments:

  1. Alhamdulillah, syu.. Semuanya, selamat. Tak dpt bygkan, cm na klu kinah duk tempat syu dan mangsa2 banjir yg lain.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..syukur semua selamat..

    ReplyDelete