Sunday 1 February 2015

SAAT-SAAT GETIR SYU SEMASA BANJIR - PART 2


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh  kepada semua pembaca blog ummul zikri .

Syu doakan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berada di bawah lindungan rahmat-NYA sentiasa .

Hari ini , Syu nak berkongsi dengan anda semua berkenaan pengalaman getir dan cemas syu semasa banjir yang melanda negeri Kelantan penghujung Disember 2014 Part 2. Bagi sahabat yang belum membaca part 1 ,jemput baca di SINI .



Ahad, 28 disember 2014

Pagi hari lagi, jiran sekampung syu telah memberitahu air makin naik di ketereh dan air di paras pinggang. Ma syu panik mendengar perkhabaran tersebut dan mengarahkan anak-anak agar mengemas pakaian masing-masing.

Bagaimanapun, abang long syu telah keluar bagi meninjau keadaan sebenar . Yang peliknya , air masih kering di kawasan sekitar ketereh , Cuma air di sekolah sri ketereh yang naik , itupun sebab kawasan sekolah berdekatan dengan sungai dan kawasan rendah.

Sepanjang hari ini, kami ketiadaan elektrik sehingga pukul 11 malam. Syu bersyukur dengan adanya elektrik , ia menandakan ketereh masih belum dinaiki air. Kami seolah-olah terputus dengan dunia luar , memandangkan celcom dan yang lain-lain langsung tiada liputan , nak bermesej pun tak dapat, apatah lagi nak berwhassup.

Isnin, 29 disember 2014

Adik ipar syu melaporkan keadaan di pasir mas makin stabil dan penduduk mungkin telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Syu bercadang mahu pergi meninjau kawasan di pasir mas, namun abang long syu berjanji akan membawa syu ke sana pagi esok bagi menjemput hubby syu balik ke rumah.

Syu dan keluarga telah pergi membeli belah di econ jaya dan keadaan juga selamat . Syu juga sempat membeli pampers bagi anak-anak syu . Alhamdulillah ,keadaan macam biasa sahaja.

Pada sebelah petangnya, syu dikejutkan dengan kepulangan hubby syu ke rumah. Sungguh syu gembira menyambut kepulangan hubby syu. Syu amat sedih apabila hubby syu tersalah urat pinggang semasa bertungkus lumus membantu mengangkat barang di pasir mas.Muka hubby syu juga pucat kerana kesejukan dan tidak berapa sihat.

Hubby syu menceritakan bahawa keadaan bukan seperti yang syu gambarkan , air hanya separas pinggang dan tidak deras arusnya. Kereta dan motor dipindahkan ke kampung sebelah iaitu kampung di sebelah jalan kereta api.

Hubby syu juga mengatakan makanan juga cukup kerana terdapat penduduk kampung di kantin yang memasak nasi dan lauk. Cumanya bihun terlalu keras dan lauk tak mencukupi dan hubby syu terpaksa makan nasi berlaukkan kulat sahaja.huhuhu.Sebelum ni syu terbayang hubby syu makan roti je dan terpaksa menahan lapar.


tempat memasak penduduk kampung 

Sebelum ini, syu gambarkan hubby syu tidur di kelas dan berlantaikan simen, namun hubby syu kata dia tak selesa di situ dan tidur di masjd di kampung sebelah tersebut. Air juga ada di masjid tersebut , dan dapatlah hubby syu mandi setiap hari.


 masjid kg pulai chica tinggi 


tempat tidur suami syu


Hubby syu juga tidak membawa pakaian semasa pergi ke pasir mas, syu bayangkan hubby syu pakaian yang sama berhari-hari .Namun semua tu hanya bayangan buruk syu, hubby syu bertukar pakaian setiap hari kerana dia mengambil baju orang lain di rumah pasir mas.Sampai terfikir, mungkinkah hubby syu terpaksa memakai baju kurung??hehee

Pasal bantuan polis , tentera pula, hubby syu kata langsung tiada yang datang ke kampung pulai chica tinggi .Dalam entry sebelum ini, syu ada menelefon balai polis dan mengatakan sudah masuk bantuan di situ.Hakikatnya , sebuah bot pun tiada dan penduduk terpaksa menyelamatkan diri masing-masing ke kawasan lebih selamat.

Hubby syu juga terpaksa membuat rakit bagi menolong orang-orang yang tua dan sakit bagi meredah air. Kebanyakan mereka dipindahkan dengan kereta sebelum air naik lagi. Cuma hubby syu berpatah balik ke dalam rumah bagi menyimpan barang-barang penting .Alhamdulillah hubby syu sempat menyelamatkan kamera nikkon berharga ribu-riban ,semua yang terjadi ada hikmahnya kan.

Semasa banjir, sempat juga hubby syu jadi jurugambar tak bertauliah di sana, jom kita layan gambar-gambar di sana ye :-)



keadaan tempat tidur di dalam sekolah

rakit dinaiki oleh penduduk yang uzur 

penduduk mengharung air untuk pulang

 penduduk membawa pakaian masing-masing

 keadaan sekolah kebangsaan pulai chica tinggi

keadaan halaman rumah di pasir mas

 ruang tamu di rumah pasir mas


keadaan ruang tamu 

keadaan di dapur

Ekoran peristiwa tersebut, hubby syu terpaksa berehat di rumah selama tiga minggu. Nasib baik ada isteri yang sentiasa berada di rumah ,jadi syu dapat berbakti kepada suami di saat diriya memerlukan khidmat seorang isteri, Alhamdulillah dan syukur di atas segala nikmat-Mu ya Allah.

Pengajarannya di sini, kita hendaklah selalu bersyukur dengan segala apa yang terjadi dalam hidup kita. Mungkin kita tidak suka dengan segala ujian , tetapi itu sebenarnya yang terbaik untuk kita dan orang-orang di sekeliling kita. 

Apa yang paling penting, kita hendaklah sentiasa bersabar dengan setiap ujian dalam kehidupan kita, insya-Allah ganjarannya manis di syurga kelak. Besar pahala bagi orang-orang yang redha dalam menerima setiap qada dan qadarnya.

Sekian sahaja perkongsian kisah syu hari ini.Akhir kalam,syu doakan anda semua kaya dan berjaya dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Salam sayang dari syu,

~KEJAR AKHIRAT BERSAMA SHAKLEE , DUNIA  PASTI AKAN MENYUSUL~
  
Jika anda suka dengan entry ini , mohon anda tekan button SHARE di bawah . Semoga ia turut memberi manfaat kepada orang lain juga.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?


Ingin menjana pendapatan 2,3,4,5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?(bergantung pada usaha anda)

Hubungi NUR SYUHADA untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
       
NUR SYUHADA BT MOHD ZAINOM

Shaklee ID : 1164154

syuizikri@gmail.com

019-4515590 (SMS@ WhatsApp)





DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! Rahsia Mia Menghasilkan Jualan RM1 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan At 'Zero Cost Marketing' Selepas Mengikuti Seminar Dr Azizan Osman Sehingga Terpaksa Berhenti Kerja. Kini Mia Menjadi Working-At-Home-Mom Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan Hanya Dari Rumah.Semoga Bermanfaat...
KLIK DI http://www.ebookniaga.com/sorryboss/ummul

No comments:

Post a Comment