Wednesday 1 October 2014

12 AMALAN DI PAGI RAYA YANG ORANG PERLU TAHU


   ASSALAMUALAIKUM kepada semua pembaca blog ummul zikri.Syu doakan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berada di bawah lindungan rahmat-NYA sentiasa.Hari ini,Syu nak kongsikan berkenaan pengertian,sebab kita menyambut Aidiladha ,cara sembahyang sunat ,amalan sunat dan hikmah serta fadhilat sambutan Hari Raya Aidiladha.


Pengertian Hari Raya Aidiladha 
                   
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia.Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambt pada setiap 1 Syawal.Aidilada disambut pada hari ke 10,11,12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun.Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah , diikutidengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah , sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.




Tujuan sambutan Aidiladha    

Memperingati peristiwa kesanggupan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sebagai simbolik ketaatannya kepada Allah SWT. Namun Allah SWT telah
menggantikan bahan sembelihannya kepada kambing biri-biri (kibas) dan mengarahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih kibas berkenaan.

       

Amalan Sunat Hari Raya Aidiladha

SEBELUM 10 ZULHIJAH
  • Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
  • Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
  • Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.

PAGI 10 ZULHIJAH
  • Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  • Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  • Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  • Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  • Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
  • Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  • Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  • Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  • Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  • Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  • Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  • Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.
  • Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha:

     نَوَيْتُ الْغُسْلَ مِنْ يَوْمِ عِيدِ اْلاَضْحَى سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Daku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala.

Hikmah Sambutan Hari Raya Aidiladha
  • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
  • Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
  • Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
                                     
Fadhilat Sambutan Hari Raya Aidilfitri
  •  Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim
  • Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
  •  Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."
   Akhir kata,syu ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua sahabat syu ,yang sering menyokong bisnes syu ,ibu bapa, suami dan semua rakan seperjuangan MFMS.Syu juga ingin mengambil kesempatan ini bagi memohon jutaan maaf andai selama ini ade perkataan atau perbuatan syu yang meyakiti hati  sahabat semua .MAAF ZAHIR & BATIN YER SEMUA:-)











No comments:

Post a Comment