Thursday 13 November 2014

SIRI KULIAH 1 : KISAH MAYAT PEREMPUAN YANG MELETUP PERUTNYA!!

      
     ASSALAMUALAIKUM kepada semua pembaca blog ummul zikri . Syu doakan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berada di bawah lindungan rahmat-NYA sentiasa . Hari ini , Syu nak berkongsi tentang kuliah maghrib yang diadakan di masjid Ketereh pada 11 November 2014 . Nama penceramah syu tak tahu , tetapi ustaz ini merupakan ustaz jemputan setiap minggu di masjid Ketereh.

     Mulai hari ini , syu akan sentiasa berkongsi dengan anda semua mengenai kuliah serta ceramah yang syu hadiri samaada di masjid , syu dengar melalui you tube ataupun di radio . Diharapkan dengan perkongsian syu , anda juga sama-sama beroleh manfaat ilmu untuk sama-sama menjadi insan yang beriman dan bertakwa di dunia mahupun di akhirat kelak , insya-Allah.





     Sudah lama syu tidak berkesempatan untuk menjejakkan kaki di masjid , maklumlah tiada orang yang boleh menjaga anak-anak syu . Syu terpaksa tinggalkan diorang dengan mak syu , jarang - jarang sekali kan. Okeylah, syu tak pasti apa tajuknya , tapi ini yang syu dapat catatkan , sama-sama kita baca dan terus amalkan . Ilmu yang banyak tetapi tidak diamalkan ibarat iphone tanpa bateri (bak kata mentor syu) .
                                   
Berikut ialah isi ceramah tersebut :

1.Manusia  apabila menbuat satu  kesalahan ,maka akan ada bintik hitam di hati . Bintik hitam itu  akan semakin membesar apabila  dosa makin bertambah  sehingga tahap hati hitam legam dan mereka akan  berasa bangga  bila buat dosa. 

  
                                              

2. Bagi orang yang tidak menunaikan  solat jumaat selama 3 kali berturut-turut , maka Allah akan tutup mata hatinya.                                     

3.Hidayah maksudnya Allah bagi nampak jalan yang benar , manakala taufik ialah segala perbuatannya  sama dengan yang Allah kehendaki.                                     

4.orang yang bersungguh di jalan Allah , Allah akan buka jalan kepadanya .contoh : kita datang dengar kuliah sekali je , dan terus datang untuk malam yang seterusnya.  

5. Kita hendaklah menghormati pendapat ulamak,jangan hina mereka. Rabbani ialah ulamak yang beramal dengan kata-katanya sendiri.Maksudnya,ulamak itu bukan sekadar mengajar sahaja tetapi dia juga beramal dengan ilmu tersebut.
        
6.Taubat yang nasuha @ yang diterima ade 8 ciri iaitu :-      



               
    -1)melazimkan takut kepada Allah Taala.                                                      
    -2)apabila buat dosa dia akan resah gelisah serta berdukacita.     
    -3)membanyakkan tangis apabila teringat dosanya cth : ade orang tengok kaabah tak                    menangis,itu mungkin tanda hatinya keras.  
    -4)menghinakn diri di depan Allah    
    -5)perbanyakkan istighfar            
    -6)meninggalkan tempat buat maksiat                              
    -7)menjauhi sahabat yang jahat   : cth kalau berkawan dan kita boleh tarik kawan kepada            kebaikan,teruskan berkawan tetapi kalau kita yang terpengaruh dengan kejahatan dia ,         baik kita tinggalkan.                        
    -8)menjauhi perbuatan maksiat   -wajib bertaubat dengan dosa yang dibuat                                               
7.Setiap anak adam adalah berdosa,samaada dosa kecil ataupun dosa besar.Sebaik-baik anak adam ialah orang yang bertaubat.                                        

 8.Haji ismail meninggal bersama isterinya petang tadi , isterinya mati di hospital beberapa jam selepas kematian haji ismail di rumah akibat sakit tua . Haji tidak suka mengumpat   , akhlak sangat baik , tenaga pengajar pondok mahligai , dia ringan tulang , mudah untuk  minta tolong . Mulut kena jaga , jangan maki hamun , jangan mencaci , jangan mengumpat. Isterinya juga seorang isteri yang solehah , boleh dikatakan rumahtangga beliau sentiasa bahagia dan tiada pertengkaran pun.                                                      

9. Ada satu kisah , dia seolah-olah  nanar dan tidak keruan sebelum mati sebab semasa kita nak mati , Allah akan tunjukkan balik dosa-dosa lampau. Keadaan itu terjadi kerana dia tidak sempat untuk  bertaubat dengan betul-betul semasa hidupnya. Pengajarannya kita hendaklah bertaubat nasuha dengan setiap kesalahan yang sudah kita lakukan di dunia ini.
                           
10.Ada seorang perempuan tu,lepas mandikan jenazah,nak kapankan,mayat tu pecah perut dan meletup dan ini menyebabkan mayat perempuan itu berterabur sampai ke atap,dan busuk sangat-sangat menyebabkan semua sanak saudara lari ke tanah,jadi dia kutip semula masukkan dalam jag dan letak balik dalam kain kapan.soalannya kena mandi semula tak.ustaz kata tak perlu mandikan semula.kalau kita perhati, mulut dia sangat hodoh semasa hayatnya.sikit-sikit dia sumpah seranah,dia selalu kata "buruk pok" yang bermaksud buruk sangat serta perkataan yang buruk- buruk. Sebab mulut tak jaga , badan yang binasa.


     Sekian sahaja coretan syu kali ini.Mana-mana yang baik itu kita jadikan pengajaran dan yang buruk itu kita jadikan sempadan.Semoga perkongsian syu ini memberi pengajaran dan ilmu yang baru buat anda semua.Akhir kalam,syu doakan anda semua kaya dan berjaya dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Salam sayang dari syu,
~KEJAR AKHIRAT BERSAMA SHAKLEE , DUNIA  PASTI AKAN MENYUSUL~
  
Jika anda suka dengan entry ini , mohon anda tekan button SHARE di bawah . Semoga ia turut memberi manfaat kepada orang lain juga.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?



Ingin menjana pendapatan 2,3,4,5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?(bergantung pada usaha anda)

Hubungi NUR SYUHADA untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
       NUR SYUHADA BT MOHD ZAINOM
Shaklee ID : 1164154
syuizikri@gmail.com
011-22396867 (SMS@ WhatsApp)

1 comment:

  1. Ahamdulillah...terimakasih di atas peringatan ini...

    ReplyDelete