Sunday 9 November 2014

BETULKAH PRODUK SHAKLEE PENYUMBANG KEPADA ISRAEL??

     

ASSALAMUALAIKUM kepada semua pembaca blog ummul zikri. 

Syu doakan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berada di bawah lindungan rahmat-NYA sentiasa. 

Hari ini,Syu nak berkongsi tentang isu hangat yang sering ditanya kepada syu sebagai seorang SID Shaklee,betul ke produk Shaklee ni penyumbang kepada Israel?




Penghalang Utama 

Syu rasa berdosa andai tidak menerangkan isu ini kepada anda kerana isu ini merupakan penghalang utama kepada anda untuk merasai sendiri kehebatan manfaat produk ini.

Bagi syu sendiri pun,isu ini juga pernah syu tanyakan kepada mentor syu sebelum mula menggunakan produk ini sendiri.

Ya,syu sendiri pun amat membenci Israel,jadi memang Syu amat menyokong kalau kita semua memboikot barangan Israel.



Boikot Tanpa Ilmu

Namun yang menyedihkan syu,masyarakat kita terus memboikot tanpa ilmu dan berdasarkan emosi semata-mata.

Padahal boleh jadi isu itu mungkin fitnah semata-mata dari pihak yang dengki atau ingin menjatuhkan sesuatu perniagaan itu.

Kita sebagai pembaca harus menyiasat dahulu sebelum terus menghukum sesuatu perkara.

Allah SWT meletakkan dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada membunuh. Firman Allah bermaksud: "... fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan..." ~ [Surah al-Baqarah, ayat 217].

Hadis Rasulullah SAW diriwayatkan daripada Huzaifah RA katanya: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang suka menabur fitnah."




Mohonlah Petunjuk Allah

Di sini,syu ingin berkongsi kisah seorang sahabat syu,beliau juga ragu-ragu dengan Shaklee kerana beranggapan produk ni produk israel.

Sahabat syu ini telah membuat solat istikharah memohon petunjuk daripada Allah,hasilnya beliau masuk ahli MFMS dan amat bersyukur dengan keajaiban-keajaiban yang terjadi dalam hidup beliau.

Syu sendiri pun sudah memohon petunjuk Allah,alhamdulillah syu makin yakin dengan produk ini.Nasihat syu,jika anda masih ragu-ragu,mohonlah petunjuk Allah dahulu ye .

 3 Link Untuk Anda

Isu ini timbul bila seorang pengedar Shaklee yang juga SID Shaklee telah menyumbangkan bonusnya kepada israel.Jadi tiada kaitan pun dengan syarikat Shaklee itu sendiri kan.Sebagai rujukan yang lebih detail,sila klik di SINI .

Isu Israel juga hangat diperkatakan apabila blog Dr. Nik Rahim juga telah mewar-warkan dalam blog beliau ,menyebabkan ramai orang tidak berani membeli Shaklee.Persoalan ini juga telah dijawab secara detail di blog sahabat syu,klik di  SINI untuk membacanya.

Syu juga ada terbaca pasal isu boikot ini dan dijawab oleh seorang ustaz yang terkenal ,iaitu ustaz zaharudin .Seorang sahabat syu telah berkongi dalam blog beliau, sila klik di SINI .

Rasanya sudah cukup tiga link yang syu kongsikan di sini untuk menjawab segala persoalan anda tentang isu ini.Semoga dengan perkongsian ini ,dapat membuka mata hati anda untuk merasai sendiri keberkesanan produk ini sendiri.
     
Sekian sahaja coretan syu kali ini.Mana-mana yang baik itu kita jadikan pengajaran dan yang buruk itu kita jadikan sempadan.

Semoga perkongsian syu ini memberi pengajaran dan ilmu yang baru buat anda semua.

Akhir kalam,syu doakan anda semua kaya dan berjaya dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Salam sayang dari syu,
~KEJAR AKHIRAT BERSAMA SHAKLEE , DUNIA  PASTI AKAN MENYUSUL~

Sila SHARE , jika anda rasa ilmu ini bermanfaat....

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?



Ingin menjana pendapatan 2,3,4,5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?(bergantung pada usaha anda)

Hubungi NUR SYUHADA untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
       NUR SYUHADA BT MOHD ZAINOM
Shaklee ID : 1164154
syuizikri@gmail.com
011-22396867 (SMS@ WhatsApp)
    
   
      

     

     

2 comments:

  1. Assalamualaikum, syu.. Alhamdulillah.. Terima kasih di atas perkongsian ini. Semoga ramai mereka di luar sana membuat keputusan berpandukan pentunjuk dariNya. Itulah sebaik-baik guideline kalau kita tidak pasti untuk membuat pilihan dan keputusan. InsyaAllah.. Yakinlah dengan kuasa Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam kinah.itu yg sebaik-baiknya,sentiasa beristikharah memohon petunjuk-Nya:-)

    ReplyDelete