Friday, 12 September 2014

SALAM PERKENALAN DARI SYU :-)

       
         ASSALAMUALAIKUM  dan SALAM PERKENALAN buat semua yang sudah syu kenali, sedang dikenali dan bakal berkenalan.Syu doakan semua yang membaca blog ini sentiasa dirahmati Allah hendaknya.






       Sebagai permulaan ,syu ingin kongsikan beberapa mutiara kata yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.

Kata Mutiara dan Kata Bijak yang diambil dari RASULULLAH S.A.W.

''Pahlawan bukanlah orang yang berani menetakkan pedangnya ke pundak lawan,tetapi pahlawan sebenarnya ialah orang yang sanggup menguasai dirinya di kala ia marah.''

''Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.''

''Tiga sifat manusia yang rosak ialah :kikir yang dituruti,hawa nafsu yang diikuti, serta sifat mengagumi diri sendiri yang berlebihan''.

''Jauhilah dengki ,kerana dengki memakan kayu bakar.''



Kata Mutira dan Kata Bijak yang diambil dari Khalifah Umar bin Khatab.

''Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku.''

''Raihlah ilmu,dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.''

''Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.Orang yang mencintai akhirat,dunia pasti menyertainya''.

''Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.''

''Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak dapat dilihat kamarahannya.Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki''.

''Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.Aku memikirkan semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa.Aku merenungkan tentang segala bentuk rezeki,tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar''.

Sekian sahaja coretan syu pada pertama kali ini.Akhir kalam,syu doakan anda semua berjaya di dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment