Wednesday, 19 November 2014

AKHIRNYA SYU BERBISNES DARI RUMAH !!


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh  kepada semua pembaca blog ummul zikri .

Syu doakan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berada di bawah lindungan rahmat-NYA sentiasa .

Hari ini , Syu nak berkongsi dengan anda semua berkenaan bisnes yang syu ceburi.

Alhamdulillah , akhirnya Allah memberi jalan kepada syu untuk berbisnes dari rumah .

Setelah sekian lama , hanya menjadi surirumah selama 2 tahun lebih , akhirnya syu mula terbuka hati untuk melakukan bisnes online hanya dari rumah .





Tahukah anda ?

Bukan mudah untuk syu untuk membuat keputusan ini kerana syu merupakan graduan berkelulusan Ijazah Matematik Perniagaan di UUM . Kenapa syu perlu berbisnes , sedangkan syu boleh kerja makan gaji kan?

Pendapat Suami


Syu pernah meminta pendapat suami syu berkenaan hal kerja .


''Abang , kalau sayang nak pergi kerja di luar negeri Kelantan , abang izinkan tak ?

''Abang bukan tak izinkan sayang kerja , syaratnya hanya kerja di dalam Kelantan . Abang bimbangkan keselamatan sayang di sana . Kalau apa-apa yang buruk terjadi ,abang tak dapat tolong sayang , tambah-tambah banyak kejadian buruk yang terjadi sekarang ni kan .

''Abang hanya izinkan sayang bekerja di negeri Kelantan atau berniaga online di rumah ''

Jadi , syu akur dengan kata-kata suami syu , syu tak mahu menjadi isteri yang nusyuz , syurga kan letaknya di bawah telapak kaki suami . Lagipun syu sendiri tak sanggup nak berjauhan dengan puteri dan putera syu , serta hubby tersayang .



Bukan syu tak berusaha untuk mencari kerja di Kelantan , tetapi belum ada rezeki lagi . Syu serius mencari kerja pun dalam bulan september tahun ini .

Sebelum ni , anak syu yang bongsu masih bergantung pada susu ibu , dan tidak makan makanan lagi . Umur dekat setahun baru nak makan , masa itulah syu start cari kerja yang sesuai dengan diri dan keluarga syu.




Suami syu juga amat menitikberatkan soal halal haram sesebuah syarikat . Contohnya , kalau bank konvesional dan diragui sumbernya , syu tidak dibenarkan bekerja di syarikat tersebut . Jadi syu amat buntu apabila memikirkan soal pekerjaan ini.

Suatu hari , suami syu telah memberikan  ebook tentang perniagaan ebay , suami juga menceritakan kawannya sudah membuat perniagaan menjual cermin mata di ebay dan paling kurang mendapat rm50 sehari keuntungan bersih . Ini membuatkan syu tertarik dengan perniagaan ebay . Masalahnya syu tiada produk untuk dijual lagi..

Kata - kata Semangat !!


Setelah membaca ebook ebay , syu menyatakan hasrat syu kepada suami .


'' Kalau sayang nak buat business dari rumah , abang memang akan sokong sepenuhnya sayang ''.

Syu amat bersyukur dikurniakan seorang suami yang menyokong penuh minat syu dalam bidang perniagaan ini . Suami syu sendiri pun bekerja dalam bidang perniagaan yang melibatkan bidang printing , seperti membuat bunting , banner , sticker , t-shirt dan lain-lain lagi .



Goal Setting 


Antara yang mengubah mentaliti syu untuk buat business adalah bila syu buat goal setting dan review.


Syu bertanya kepada diri sendiri , apa yang syu mahu capai dalam hidup syu ? Antaranya :
1) Life Goal
2) Financial Goal
3) Lifestyle Goal
4) Spiritual Goal

Bila disenaraikan semua goal , rupa-rupanya impian yang syu mahu capai terlalu tinggi . Ini mahu , itu mahu . Tapi , syu TAK MAMPU !!

Dan syu bertanya kepada diri syu ''Kalau syu pilih untuk bekerja makan gaji , adakah segala impian syu dapat dipenuhi ?

Syu bermonolog , '' Syu tak akan dapat mencapai kesemua impian syu kalau syu bekerja makan gaji , tak sampai hujung bulan , gaji mesti habis , potong minyak , potong duit makan dan lain- lain lagi . Syu have no choice , but to start doing business ''.

''Hidup di Malaysia , kita tak berhak menjadi miskin , kita sepatutnya menjadi kaya . Hidup di Malaysia kalau tak kaya amat malang ''. (petikan kata-kata Dato Azman Osman)

Untuk kaya , syu hanya boleh buat hanya dua perkara . Pertama , kerja 'gila-gila' dan bagi naik pangkat setinggi-tingginya . Jika syu tak mampu dengan pilihan pertama , syu hanya ada pilihan kedua , iaitu berniaga .Sesungguhnya perniagaan merupakan 9/10 dari cabang rezeki .

Langkah Permulaan


Jadi sepanjang bulan itu , syu telah memohon petunjuk dari Allah agar ditunjukkan jalan yang terbaik untuk syu . Syu telah membuat solat hajat dan solat istikharah agar keputusan yang syu buat ini adalah terbaik untuk hidup syu dan keluarga syu juga.


Sebagai permulaan , syu mula mencari idea dalam internet dan ilmu yang berkaitan mengenai perniagaan internet ini . Terdapat banyak ebook percuma yang melibatkan ilmu perniagaan internet ini , sehinggalah syu telah terdownload ebook yang sungguh LUAR BIASA  ini. Ebook ini telah merubah perjalanan dan impian hidup syu .  Klik di  SINI untuk membaca ebook hebat ini .

Selepas itu ,syu telah menghubungi mentor syu untuk menjadi ahli di MFMS .Kenapa perlu MFMS ?
MFMS sungguh luar biasa hebatnya di Malaysia . Sesiapa yang telah join MFMS pasti bersetuju dengan pendapat syu ini Klik di SINI  untuk mengetahui kelebihan berdaftar di bawah MFMS .

Business Itu Simple dan Mudah jika Tahu Caranya

Selepas syu join team MFMS , syu dapat rasakan nak buat business ni sebenarnya senang . TERAMAT MUDAH .

Cumanya , anda perlukan M.E.S.T.I.

M- Mentor yang terbukti berjaya dalam perniagaan . Dalam MFMS , anda akan diajar cara untuk berjaya . Mentor syu merupakan seorang yang berjaya , berjaya menjadi master selama 9 bulan sahaja.

E- (emosi + ilmu) .Anda perlu ada emosi yang tinggi untuk berjaya dan ilmu untuk berjaya . Dalam group MFMS , anda akan dijemput ke group telegram , blog rahsia dan video rahsia untuk menambah ilmu di dada.

S- Sistem . Setiap orang yang berjaya sudah meninggalkan 'track record' bagaimana mereka berjaya . Kita hanya perlu lakukan sistem yang sama seperti mereka . Kita akan berjaya seperti mereka .

T-Untuk berjaya , anda perlukan TINDAKAN .Jika anda belajar Nenek Segala Ilmu pun, tapi tiada tindakan ,anda tak akan ke mana.

I-Impian ...Anda perlu ada impian yang kuat untuk berjaya .Mengapa anda perlu jadi KAYA DAN BERJAYA . Dengan impian yang anda miliki , ia akan menjadi pemangkin untuk anda berjaya , insya- Allah .

Buat Para Pembaca


Insya-Allah. Sekarang , syu sedang merancang . Syu mahu membantu anda semua untuk sama-sama mendapat kesihatan yang baik dan berjaya di dunia mahupun di akhirat . Semoga kita semakin hampir kepada-Nya .


Untuk mendapatkan sesuatu , kita perlu memberi sesuatu . Lebih banyak yang kita beri , lebih banyak yang kita akan dapat .

Semoga kita semakin hampir kepada-Nya . Lakukanlah semata-mata kerana Allah .

''Ya Allah . Bantulah aku untuk merealisasikan hasratku ini . Permudahkanlah usahaku . Dan betulkanlah niatku . Untuk aku lakukan ini semata- mata kerana Mu ''.

Share...Share...Share...Satu klik share ini , jika tidak merubah hidup anda , mungkin merubah hidup kawan anda .

Sekian sahaja coretan syu kali ini.Mana-mana yang baik itu kita jadikan pengajaran dan yang buruk itu kita jadikan sempadan.Semoga perkongsian syu ini memberi pengajaran dan ilmu yang baru buat anda semua.

Akhir kalam,syu doakan anda semua kaya dan berjaya dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.


Salam sayang dari syu,

~KEJAR AKHIRAT BERSAMA SHAKLEE , DUNIA  PASTI AKAN MENYUSUL~
  
Jika anda suka dengan entry ini , mohon anda tekan button SHARE di bawah . Semoga ia turut memberi manfaat kepada orang lain juga.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?



Ingin menjana pendapatan 2,3,4,5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?(bergantung pada usaha anda)

Hubungi NUR SYUHADA untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
       
NUR SYUHADA BT MOHD ZAINOM

Shaklee ID : 1164154

syuizikri@gmail.com

011-22396867 (SMS@ WhatsApp)










3 comments:

  1. Great!! All the best syu :-) InsyaAllah, Allah swt akn sentiasa bersama dengan hamba-hambaNya selagi ia tidak bercanggah dengan agama. Wallahualam :-)

    ReplyDelete
  2. Bagus, akak doakan moga syu Berjaya dengan business ini.

    ReplyDelete
  3. Thanks kinah n kak june.kita sama2 kaya dan berjaya ye.

    ReplyDelete