ASSALAMUALAIKUM kepada semua pembaca blog ummul zikri. Syu doakan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berada di bawah lindungan rahmat-NYA sentiasa. Hari ini,Syu nak berkongsi sedikit ilmu dan pengajaran yang dapat syu pelajari akibat kehilangan sesuatu.
Pertama sekali syu ingin meminta maaf kepada pembaca blog ummulzikri kerana tajuk ini buat anda tertanya-tanya kan,pe yang syu sedihkan ye?Terima kasih kerana anda prihatin dengan keadaan syu.Syu sebenarnya anggap yang berlaku ni semua ada hikmahnya dan syu sentiasa berfikir positif dengan apa yang berlaku.
Sebenarnya ,syu hanya kehilangan simcard altel je.. Nombor Altel Syu telah dipotong perkhidmatannya kerana syu tidak topup lama,mungkin 2 atau 3 bulan, syu pun sudah lupa bila tarikh terakhirnya.Pengajarannye di sini,anda hendaklah topup nmbor telefon anda setiap bulan ye.
Syu sebenarnya tidak diberi amaran pasal pemotongan simcard ni.Syu tahu pun bila syu nak transfer duit ,nombor TAC tak sampai-sampai.Tengok line pula tiada ,hubby syu pun cakap,kot-kot dah kena potong kot,sebabnya line hubby syu takde masalah pun.Syu pun minta tolong hubby syu pergi kat center altel keesokannya.
Cara Tukar nombor TAC di Maybank dan CIMB
Keesokannya,hubby syu cakap, nombor altel yang telah dipotong tak dapat digunakan lagi. Jadi,syu pun suruh hubby tolong tukar nombor TAC di Maybank dan CIMB .Tak susah pun tukar, cuma pergi kat mesin ATM dan ikuti langkah berikut :-
1.Masukkan kad ATM.
2.Masukkan nombor pin, macam biasa.
3.Pilih menu Lain-lain.
-->Kalau ATM Cimb, pilih menu CIMBClicks.
-->Kalau ATM Maybank, pilih menu Maybank2u.
4.Taipkan nombor telefon baru anda.
Siap dan boleh teruskan aktiviti online shopping anda :)
Apa itu TAC?
TAC ialah singkatan kepada Transaction Authorisation Code. Apabila kita nak melakukan sesuatu transaksi online, TAC akan diminta untuk meneruskan transaksi sehingga berjaya, kecuali nombor akaun tersebut sudah disimpan dalam senarai Favourite.
Ianya bertujuan untuk sekuriti pengguna.
Sebenarnya syu amat bersyukur dengan apa yang terjadi, syu tak perlu pening-pening lagi pasal ada banyak nombor.Dari segi sudut positifnya, syu dapat jimat duit topup dah kan .Syu dah ade clixster,tu tak ingat topup yang altel punya.Tapi yang buat syu sedih sangat2 apabila ilmu dalam group telegram juga hilang.Syu banyak belajar dalam group MFMS pasal produk Shaklee dan macam-macam lagi.
Cara Tukar Nombor Telefon di Whassup
Cara Tukar Nombor Telefon di Whassup
Apabila anda tukar nombor telefon di whassup, anda pergi ke bahagian setting,pilih account dan klik change number.Selepas itu,anda tekan next .Anda diminta mengisi nombor telefon lama dan yang baru.Langkah seterusnya,anda tekan done.Satu SMS akan dihantar ke telefon baru kita yang mengandungi 6 digit rahsia.Anda hanya masukkan nombor itu dan tunggu sehingga telefon siap verify.Secara automatiknya, nombor anda akan keluar dan digantikan dengan nombor yang baru.Anda tak perlu risau kerana mesej yang dulu semua ada dan tidak hilang.
Cara Tukar Nombor Telefon di Telegram
Cara Tukar Nombor Telefon di Telegram
Ini pula langkah untuk anda tukar nombor di telegram.Anda hanya perlu logout dan login semula menggunakan nombor yang baru.Kod 5 angka juga akan dihantar ke mesej anda dan masukkan mesej tersebut ke ruangan yang disediakan.Syu ingin memberi peringatan, semua group perlu diadd semula dan mesej yang lama juga akan hilang.Perkara kehilangan ilmu ni buat syu rasa terkilan sangat-sangat,jadi sebelum terjadi kepada orang lain,syu nasihatkan agar anda copy mesej penting dulu sebelum membuat pertukaran ye.
Sekian sahaja coretan syu kali ini.Mana-mana yang baik itu kita jadikan pengajaran dan yang buruk itu kita jadikan sempadan.Semoga perkongsian syu ini memberi pengajaran dan ilmu yang baru buat anda semua.Akhir kalam,syu doakan anda semua kaya dan berjaya dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
Salam sayang dari syu,
~KEJAR AKHIRAT BERSAMA SHAKLEE , DUNIA PASTI AKAN MENYUSUL~
Sila SHARE , jika anda rasa ilmu ini bermanfaat....
Salam sayang dari syu,
~KEJAR AKHIRAT BERSAMA SHAKLEE , DUNIA PASTI AKAN MENYUSUL~
Sila SHARE , jika anda rasa ilmu ini bermanfaat....
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 2,3,4,5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?(bergantung pada usaha anda)
Hubungi NUR SYUHADA untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
NUR SYUHADA BT MOHD ZAINOM
Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 1164154
syuizikri@gmail.com
011-22396867 (SMS@ WhatsApp)
Shaklee ID : 1164154
syuizikri@gmail.com
011-22396867 (SMS@ WhatsApp)
kehilanganmu memang amat dirasai......
ReplyDeletethanks kak syu. hari ini dapat ilmu baru, sebelum ni x tau pun cara tukar nombor phone di whatsapp dan telegram. sekarang saya dah tau :)
Welcome azie:-)
ReplyDeleteGood sharing u....
ReplyDeleteTq kak musleha:-)
ReplyDeleteThanks syu :-) byk2kn bersbr ya.. Kinah pun lalui proses kehilangan nie..tp, kita perlu think positive.. Setiap ap yg berlaku pasti ad hikmahnya.. Yg mana elok, amik teladan.. Dan begitu lah sebalikny, perlu dijadikn sempadan.. Semoga syu dan kita semua akn terus kuat dan tabah utk menuju ke mercu kejyaan.. Kejyaan pasti ada, utk insan2 yg sabar dan berusaha.. InsyaAllah :-)
ReplyDeleteWelcome sakinah.syu ok jer:-)
ReplyDeleteGreat sharing !
ReplyDeleteGreat sharing pasal TAC tue .... Tak tahu la pulak sebelum ni he he he
ReplyDeleteHihi..sedihnya kehilangan syu ni ;-) nway, good sharing dear..
ReplyDeletetq eddi,sifu n hani..memang sedih..hihihi
ReplyDelete