Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh kepada semua pembaca blog ummul zikri .
Syu doakan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berada di bawah lindungan rahmat-NYA sentiasa .
Rabu, 24 disember 2014
Pada hari rabu, suami syu telah pergi bekerja di salor, pasir mas. Pada hari tersebut, hubby syu telah memberitahu syu, kemungkinan dia akan balik ke rumah mak mertua syu di kg. pulai chica tinggi untuk melihat keadaan di sana. Malamnya, hubby syu tidur di pasir mas.
Khamis, 25 disember 2014
Keesokannya , hubby syu telah
menelefon syu mengatakan dia tidak dapat ke tempat kerja kerana air sudah naik
di kawasan salor. Jadi , hubby syu telah berpatah balik ke rumah mak mertua
syu. Kebetulannya hubby syu mengadu tidak sihat dan demam.
Pada malamnya, hubby syu telah
menelefon syu iaitu pada pukul 7.30 malam mengatakan elektrik telah dipotong di
kawasan tersebut. Air pula setakat tangga rumah. Hubby syu berpesan kepada syu
agar memastikan bateri handphone sentiasa penuh dan sentiasa
berjaga-jaga dengan banjir .Keadaan di Ketereh masih terkawal dan elektrik pun
masih ada lagi.
Pada pukul 8.30 malam, syu
menelefon hubby bertanyakan keadaan di sana . Hubby syu mengatakan bateri
handphone hanya tinggal 50% dan dia sedang tidur . Air masih di paras anak
tangga . Malamnya dalam pukul 1 pagi syu ada
mesej , tetapi tidak berjawab.
Jumaat, 26 disember 2014
Hubby syu masih menyepi . Syu
akhirnya cuba menghubungi adik ipar yang berada di perak ,dan dia mengatakan
air telah naik ke paras pinggang pada pukul 1 pagi semalam.Dia juga mengatakan
semua penduduk telah berpindah ke kawasan sekolah.
Pada pukul 1 tengah hari,
elekrtik telah tiada di ketereh. Alhamdulillah syu dan keluarga telah bersiap
sedia dan memastikan bateri telefon dicas penuh. Pukul 4 petang , elektrik ada
semula dan kami bersyukur dengan keadaan tersebut.
Kami juga difahamkan stok makanan
susah untuk didapati disebabkan banyak jalan terpaksa ditutup dan perhubungan
dengan negeri luar kemungkinan akan terputus.Syu dan keluarga telah membeli
stok makanan yang banyak untuk bekalan harian seperti beras, lilin dan telur.
Memang orang ramai berebut-rebut
mengisi minyak kereta dan membeli barangan harian menyebabkan kedai runcit
berdekatan kehaabisan stok. Keadaan bertambah genting apabila mesin ATM juga
tidak dapat digunakan akibat kehabisan duit pada mesin ATM.
Adik ipar syu mengatakan dia
dapat maklumat dari kawan dia yang mengatakan makanan tidak sampai di sekolah
tersebut dan malam baru diorang dapat makan.
Ada makcik di kampung syu mengatakan dia sedih sebab teringat kat cucunya yang sedang kelaparan dan terperangkap di pasir mas. Anaknya memberitahu mereka hanya dapat makan roti sahaja dan semasa bercakap di telefon, makcik tersebut terdengar cucunya yang mengadu kelaparan.
Ada makcik di kampung syu mengatakan dia sedih sebab teringat kat cucunya yang sedang kelaparan dan terperangkap di pasir mas. Anaknya memberitahu mereka hanya dapat makan roti sahaja dan semasa bercakap di telefon, makcik tersebut terdengar cucunya yang mengadu kelaparan.
Sehingga malam, syu tidak
mendapat sebarang perkhabaran tentang keadaan hubby syu.Syu sungguh risau dan
terbayang arus yang deras menyerang mereka kerana adik ipar syu mengatakan ada
rumah yang rosak teruk.Dan yang paling syu bimbangkan hubby syu terperangkap
atau sedang bergayut di pokok .huhuhu
Syu cuba menelefon bantuan banjir
di Pasir Mas , tetapi tiada talian dan tak berjawab.Akhirnya syu dapat
menyambung talian pada sebelah malamnya, kalau tak silap syu, balai polis pasir
mas.Pegawai tersebut mengatakan bantuan bomba , tentera telah diberikan di
kampung tersebut. Semasa pegawai bertanyakan siapa yang syu risaukan, terus syu
sebak dan terpaksa mengawal suara dari menangis.
Pada pukul 12.30 malam, hubby syu
telah menelefon syu . Dia mengatakan air makin naik di kawasan sekolah tersebut
dan kemungkinan tak dapat hubungi syu lagi kerana bateri handphone semakin
lemah.
Syu masih ingat pesanan hubby syu
pada waktu tersebut
‘’Sayang jaga anak-anak ye. Apabila
air naik kat keterh, sayang dan anak-anak kena pindah awal-awal ke tempat yang
selamat.Jangan lupa bawa al-quran dalam beg dan baca ye sayang. Jangan tunggu
sampai air mendadak naik. Jangan lupa mesej abang keadaan sayang kalau dah
berpindah.Abang akan cari sayang dan anak-anak nanti kat tempat tu’’
Masa tu , syu teramat sebak
sangat-sangat ,hanya mampu jawab oklah abang . Perbualan itu hanya sekejap je,
kerana bateri handset suami sudah habis.Malam itu, syu menangis dan merasakan
itu amanat terakhir hubby syu dan merasakan syu akan berpisah lama akibat
banjir ni. Syu hanya mampu berdoa agar syu masih berpeluang berjumpa dengan
hubby syu lagi di dunia ini.
Sabtu, 27 disember 2014
Syu menghantar mesej kepada hubby
syu mengatakan kawasan ketereh masih ada elektrik dan air juga belum naik di
kawasan tersebut. Adik ipar syu mengatakan hubby dan keluarga masih di pusat
pemindahan dan air makin surut sehingga ke paras lutut.
Pada malamnya , syu telah
menerima perkhabaran dari whassup yang air yang berkelajuan tinggi dan bergerak
laju akan menyerang di kawasan banchok, kubang kerian, pasir tumboh dan
dijangka akan tiba dalam pukul 3-4 pagi .
Syu betul-betul tidak dapat tidur
lena malam tersebut. Biasanya syu tidur dalam keadaan gelap, tetapi malam
tersebut syu buka lampu semasa tidur. Maklumlah bilik syu paling rendah , kalau
air naik, memang bilik syu yang akan kena , tambah-tambah lagi syu tidur tanpa
katil.huhuhu
Pukul 3 pagi, lampu bilik syu
telah terpadam dengan sendirinya, ini menandakan elektrik di seluruh ketereh
telah tiada. Syu telah memberitahu abang long dan ma syu yang tidur di ruang
atas rumah bahawa keadaan sudah gelap. Kami telah membuka pintu dan tiada
tanda-tanda air datang , jadi kami menyambung tidur semula.
Bagaimanapun, syu sentiasa
berjaga-jaga dan lampu handset sentiasa terpasang . Lampu tersebut automatic
akan terpadam dalam masa beberapa minit, jadi syu sentiasa tersedar dan
cepat-cepat buka lampu. Malam itu juga, syu telah memasukkan barang-barang
penting ke dalam sebuah beg. Syu paling risau air tali air depan rumah syu
akan melimpah , dan semestinya arus air akan deras mengalir . Rumah kami berada
di kawasan bukit dan hanya 3 buah rumah di kawasan rumah syu.
Sungguh , syu takut nak
melelapkan mata walau sepicing pun, dan syu betul-betul tak boleh tidur
sehingga azan subuh. Syu seolah-olah berhalusinasi dan mendengar macam suara
bising , padahal tiada apa pun. Syu ingat ada orang yang datang suruh berpindah
ke..hehe.. Selepas solat subuh, mata syu terus terlelap .huhu
Rasanya sudah cukup panjang
perkongsian syu hari ini, nantikan sambungannya di part 2 ye. Sekian sahaja coretan syu kali ini..Semoga perkongsian syu ini memberi ilmu yang baru buat anda semua.
Akhir kalam,syu doakan anda semua kaya dan berjaya dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
Akhir kalam,syu doakan anda semua kaya dan berjaya dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
Salam sayang dari syu,
~KEJAR AKHIRAT BERSAMA SHAKLEE , DUNIA PASTI AKAN MENYUSUL~
Jika anda suka dengan entry ini , mohon anda tekan button SHARE di bawah . Semoga ia turut memberi manfaat kepada orang lain juga.
DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! Rahsia Mia Menghasilkan Jualan RM1 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan At 'Zero Cost Marketing' Selepas Mengikuti Seminar Dr Azizan Osman Sehingga Terpaksa Berhenti Kerja. Kini Mia Menjadi Working-At-Home-Mom Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan Hanya Dari Rumah.Semoga Bermanfaat...
KLIK DI http://www.ebookniaga.com/sorryboss/ummul
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 2,3,4,5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?(bergantung pada usaha anda)
Hubungi NUR SYUHADA untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
NUR SYUHADA BT MOHD ZAINOM
DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! Rahsia Mia Menghasilkan Jualan RM1 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan At 'Zero Cost Marketing' Selepas Mengikuti Seminar Dr Azizan Osman Sehingga Terpaksa Berhenti Kerja. Kini Mia Menjadi Working-At-Home-Mom Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan Hanya Dari Rumah.Semoga Bermanfaat...
KLIK DI http://www.ebookniaga.com/sorryboss/ummul
Alhamdulillah, syu.. Semuanya, selamat. Tak dpt bygkan, cm na klu kinah duk tempat syu dan mangsa2 banjir yg lain.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlhamdulillah..syukur semua selamat..
ReplyDelete