Saturday, 22 November 2014

ALAMAK, AIR HINGUS MELELEH -LELEH !!..........(SET KANAK- KANAK PINTAR & CERGAS)


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh  kepada semua pembaca blog ummul zikri .

Syu doakan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berada di bawah lindungan rahmat-NYA sentiasa .

Hingus Meleleh-leleh Keluar

Hari ini, Syu nak berkongsi dengan anda semua berkenaan putera dan puteri kesayangan syu yang pernah diserang selesema dua bulan yang lepas sehingga meleleh-leleh hingus keluar. Sungguh kesian kat anak-anak syu ni, dekat seminggu juga hingus keluar .







Cuba anda bayangkan, hingus sentiasa meleleh keluar tak kira waktu. Masa syu ada di tepi mereka, bolehlah syu lap dengan tuala. Syu terleka buat kerja rumah sikit, tengok-tengok hingus dah meleleh masuk mulut.Tak sanggup  sungguh syu tengoknya. huhu...

Syu bukan tak nak bawa diorang ni ke klinik, tetapi syu lagi-lagi kesian kalau mereka kena makan antibiotik ubat klinik ni. Sebab apa syu kata kesian? Nak tahu, teruskan pembacaan anda ye.

Ubat Hospital diperbuat dari Bahan Kimia

Maklumlah, ubat yang dibuat dari hospital ni semuanya ubat yang diperbuat dengan bahan kimia, ubat yang tidak semulajadi ini hanya berkesan sekejap je, tapi tak mampu merawat mereka untuk jangka masa yang panjang. Malah, ubat hospital akan beri kesan yang tidak elok untuk jangka masa yang panjang.





Bila anak sakit je, kita selalu sumbat dengan macam-macam ubat antiobiotik. Macam-macam dadah yang telah masuk dalam badan anak kita. Kesannya bukan nampak sekarang, tetapi bila tua nanti. Kenapa kita tak cuba cara alternatif semulajadi untuk rawat anak kita?

Dapat Bonus

Kebetulan syu baru je dapat bonus Shaklee, jadi syu pun teruslah order mealshake dan chew vitamin c untuk putera puteri syu. Alhamdulillah , baru 4 hari mereka menggunakan produk tersebut, dengan izin Allah jua, hingus yang meleleh-leleh sudah tiada !!

Tiada kata-kata yang indah mampu syu gambarkan, melainkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana syu telah bertemu dengan Shaklee yang semulajadi, selamat dan berkesan ini. Kesihatan anak-anak merupakan kebahagiaan ibu bapa .




Rasa yang sungguh Enak

Mealshake rasanya sungguh enak, iaitu berperisa vanilla. Hanya tambahkan sesudu kecil mealshakes ke dalam susu, dan goncangkan. Adik dan kakak suka sangat-sangat rasanya yang sunggu sedap. Syu campurkan mealshake dengan susu kambing, mudah, lazat dan berkhasiat .

Chewable vitamin c pula rasanya macam gula-gula yang masam-masam manis. Anak-anak syu pun suka makan juga, kadang-kadang tak cukup sebiji, minta lagi dari uminya. Diorang ingat, tu gula-gula. Rasanya yang sungguh enak buat anak-anak syu menyukainya.

Membantu kurangkan panas badan adik 

Apalah gunanya jika kita bekerja siang dan malam, tetapi kesihatan anak-anak terabai kan. Pernah juga adik panas badan, syu pun tambahkan dos pengambilan mealshakes  dan chew vitamin c, alhamdulillah panas pun berkurang. Sehari je panas, alhamdulillah tak melarat macam dulu, syukur sangat-sangat.

Penat dan stress sangat jaga anak demam
   
Kalau dulu, pernah adik diserang demam, syu hanya mampu beri adik minum ubat demam cecair perisa oren yang dibeli di klinik swasta je. Hati ibu mana yang tak risau apabila anak demam kan, bila malam badan adik panas semula. Terpaksalah syu bagi 3 kali sehari ubat klinik, namun demam akan berlarutan selama seminggu lebih juga. 




Selepas itu, demam akan menyerang kakak pula, memang penat sangat-sangat apabila terpaksa menjaga anak-anak yang demam. Kakak dan adik sama-sama mahukan perhatian, maklumlah kakak baru berumur 2 tahun lebih dan adik hanya setahun je.

Jimat beratus-ratus ringgit

Jadi, syu rasa amat-amat berbaloi dengan sedikit pelaburan syu sudah buat, anak-anak syu sihat, syu pun tak stress jaga anak demam, anak-anak pun berselera makan, dan yang paling penting, mereka cukup segala vitamin yang diperlukan untuk tumbesaran mereka.





Dengan pelaburan yang syu sudah buat juga, syu jimat duit beratus-ratus ringgit untuk kos perubatan anak-anak. Bayangkan sekali demam je, paling kurang RM25 untuk kos ubat, belum kos rawatan sakit lain lagi. Sebaiknya kita perlu mencegah sebelum terlambat nanti .

Kita boleh beli baju mahal-mahal untuk anak, beli mainan macam-macam, bawa melancong sana-sini, tapi kenapa suplimen untuk kesihatan anak-anak kita tak sanggup nak invest kan?

Anak jadi mangsa kemarahan ibu 

Bagi ibu yang bekerja, mesti kita serba-salah kan bila anak sakit. Kadang-kadang anak sakit pun terpaksa hantar anak ke taska. Kalau kita nak jaga anak pula, terpaksa minta cuti dari bos kan. Apabila dah selalu sangat minta cuti, bos pun mula lah marah-marah .

Bila bos dah marah-marah, anak-anak juga yang jadi mangsa kemarahan kita balik. Sampai bila kita nak biarkan macam tu?

Dapat bonus lain : melawaskan pembuangan dan tambah selera makan anak

Selain anak-anak syu tak diserang virus demam dan selesema, anak-anak syu juga dapat bonus lain seperti mudah untuk membuang. Tiada lagi sembelit walau mereka makan makanan yang keras, maklumlah mealshakes membantu masalah sembelit kan.

Mestilah anda kesian kan kalau tengok anak menangis-nangis setiap hari bila nak poo-poo. Kadang- kadang syu dengar tu ada yang sampai berdarah-darah. Sanggup ke kita sebagai ibu tengok anak- anak kita macam tu kan?





Anak-anak syu juga makin selera makan makanan , tak lagi memilih makanan . Semua mahu dimakannya, alhamdulillah. Dulu syu risau juga tengok kakak jarang sangat nak makan nasi, asyik-asyik nak makan ayam goreng KFC  dan makanan ringan lain .

Mana nak cukup zat kan asyik makan benda tak berkhasiat. Sayur dan buah pun kakak tak suka makan. Kesian tengok anak kurus je ....tengok anak orang lain tembam sihat semua. Mudah-mudahan kakak tak la kurus cikeding sangat lepas ni. Nak ke anak membesar tak cukup zat ?





Alhamdulillah syu telah berjumpa penyelesaian kepada masalah anak-anak syu. Di sini syu ingin kongsikan set kanak-kanak pintar dan cergas .

SET KANAK-KANAK PINTAR DAN CERGAS

Set kanak - kanak pintar dan cergas ini terdiri daripada 3 produk utama iaitu mealshakes, omega guard serta chewable vitamin c . 





1) Mealshakes 

#mengandungi 19 vitamin serta melengkapi nutrien asas untuk tumbesaran kanak-kanak.
#membantu untuk menambah selera makan anak
#menyokong sistem imun 
#membantu merawat masalah aczema dan masalah kulit gatal-gatal
#membatu merawat masalah sembelit
#membantu masalah astma
#sesuai untuk anak yang tidak suka pil atau vitamin
#rasa vanilla yang enak dan sedap
#membantu merawat masalah anak yang kerap demam , selesema dan batuk

2)Omega Guard 
#penting untuk perkembangan fungsi otak
#meningkatkan daya tumpuan semasa belajar
#mencegah peyakit astma
#membantu merawat batuk dan selesema
lagi maklumat berkaitan fungsi serta testimoni Omega Guard , sila klik di SINI . 

3)Chewable Vitamin c
#membantu mencegah jangkitan & selesema
#membantu menjaga kesihatan tulang , gigi , gusi , mata , otot & salur darah .

Jom syu kongsikan testimoni pengguna - pengguna lain di luar sana 

1)Membantu merawat batuk dan selesema



2)Membantu anak cepat faham belajar


3)Membantu merawat masalah sembelit


4)Membantu merawat anak selesema dan berkahak 

                                      

5)Membantu anak eczema dan selesema


6)Anak sudah bebas dari selesema , demam dan batuk


7)Membantu merawat anak eczema dan membantu tambah selera makan anak



8)Membantu masalah sembelit anak


9)Membantu masalah demam anak


10)Membantu merawat anak batuk




11)Membantu merawat eczema




Sekian sahaja coretan syu kali ini..Semoga perkongsian syu ini memberi  ilmu yang baru buat anda semua.

Akhir kalam,syu doakan anda semua kaya dan berjaya dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Salam sayang dari syu,

~KEJAR AKHIRAT BERSAMA SHAKLEE , DUNIA  PASTI AKAN MENYUSUL~
  
Jika anda suka dengan entry ini , mohon anda tekan button SHARE di bawah . Semoga ia turut memberi manfaat kepada orang lain juga.





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?


Ingin menjana pendapatan 2,3,4,5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?(bergantung pada usaha anda)

Hubungi NUR SYUHADA untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
       
NUR SYUHADA BT MOHD ZAINOM

Shaklee ID : 1164154

syuizikri@gmail.com

019-4515590 (SMS@ WhatsApp)



DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! Rahsia Mia Menghasilkan Jualan RM1 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan At 'Zero Cost Marketing' Selepas Mengikuti Seminar Dr Azizan Osman Sehingga Terpaksa Berhenti Kerja. Kini Mia Menjadi Working-At-Home-Mom Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan Hanya Dari Rumah.Semoga Bermanfaat...
KLIK DI http://www.ebookniaga.com/sorryboss/ummul

2 comments:

  1. Alhamdulillah..ibu mana tak syg anak? Even anak tekak pun kita sayang

    ReplyDelete
  2. Best baca entry nie ..... Thanks atas pekongsian :)

    ReplyDelete