Apa khabar semua pembaca blog ummul zikri ?
Syu doakan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berada di bawah lindungan rahmat-NYA sentiasa .
Hari ini, Syu nak berkongsi dengan anda semua berkenaan 6 tips hebat untuk mula berubah . Kenapa kita perlu berubah ke arah kebaikan? Sebenarnya semua orang boleh berubah, tetapi persoalannya, mampu ke kita istiqamah dalam melakukan kebaikan itu?
Jawapan kepada persoalan itu hanya mampu dijawab oleh diri kita sendiri je. Bagi syu sendiri, kita boleh istiqamah andai sebab untuk berubah itu ikhlas semata-mata kerana Allah, tapi andai kita berubah sebab makluknya, kita akan mudah berputus asa dan tidak akan kekal lama.
Sebenarnya, nak berubah ni merupakan perkara yang paling susah di dunia ini. Sangat susah sebenarnya tetapi tidak mustahil untuk kita lakukan. Kalau anda tak percaya, cuba cabar diri anda sendiri untuk melakukan perubahan yang positif dalam hidup anda.
Sebab itulah, hanya orang-orang yang mampu berubah ke arah kebaikan yang akan beroleh ganjaran syurga di akhirat kelak. Moga kita semua tergolong dalam orang-orang yang mampu berubah itu.
Untuk peringatan diri syu dan anda semua, syurga hanya untuk orang yang rela bersusah-payah di dunia ini. Mustahil, orang yang masuk syurga dalam keadaan kat dunia dulu dia enjoy, tak bersusah-payah untuk agama, dan lain-lain.
Jadi, syu nak kongsikan dengan anda 6 tips hebat untuk berubah, semoga kita sama-sama dapat amalkan tips hebat ini, insya-ALLAH.
1)Melazimi Taubat
Setiap anak adam adalah berdosa, jadi kita hendaklah sentiasa memperbaharui taubat kita. Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan, cuma yang membezakan ialah dosa kecil ataupun dosa besar.
Maksud melazimi taubat di sini, apabila kita buat salah, kita taubat. Kalau kita buat salah balik, kita taubat lagi? Sampai bila ye? Sampai mati!! Yang paling penting di sini, kita jangan tangguh taubat. Kalau boleh, setiap kali buat salah, terus minta ampun sungguh-sungguh dengan Allah.
Syu ulang,
''Kita bukan sekadar kena taubat, tapi, melazimi taubat....''
Adakah anda sedar, setiap kali kita melakukan sesuatu kesalahan, hati kita akan ada satu titik hitam? Jika kita berterusan melakukan dosa tersebut tanpa taubat, hati kita akan jadi gelap gelita.
Hati kita ini ibarat periuk, bila kita kita masak periuk, akan ada tanda hitam kan di bawah periuk? Kalau kita basuh terus, insya-Allah tanda hitam itu akan terus hilang. Tetapi andainya kita tidak terus basuh tanda hitam itu, lama-lama tanda hitam itu akan makin hitam dan amat-amat susah untuk menghilangkannya.
''Orang yang terbaik ialah orang yang banyak di uji dengan dosa dan banyak bertaubat!''
(Ali bin Abi Talib)
2)Menjaga solat 5 waktu
Seperti yang anda semua tahu, solat merupakan tiang agama, jadi andai kita mahu berubah, kita kena mulakan dari asasnya lagi. Kita takkan mampu menerima hidayah untuk berubah andai kita meninggalkan solat. Percayalah!!
Bayangkan sebuah rumah, mampu ke berdiri dengan tegak tanpa tiangnya?? Begitu juga umpamanya dengan solat. Meninggalkan solat dengan sengaja, dosanya lebih besar daripada membunuh, minum arak, berzina dan sebagainya. Solat yang sempurna juga mampu mencegah kita dari menghampiri maksiat.
Yang paling ditakuti, Allah takkan menerima amalan kebaikan kita yang lain kalau kita tak solat. Walaupun kita bersedekah semua harta, sentiasa menolong orang lain, tapi semua itu ibarat perbuatan yang sia-sia kerana tiada nilai pun di sisi Allah. Solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak!!
3)Berkawan dengan orang baik, tinggalkan kawan yang jahat
Sahabat ini terdiri dari dua keadaan, iaitu sahabat yang mendorong ke arah kebaikan dan sahabat yang mendorong kepada kejahatan. Sebenarnya tak salah jika anda boleh mengajak sahabat yang jahat ke arah kebaikan, tetapi andainya kita yang terdorong ke arah kejahatan, seeloknya kita tinggalkan sahabat tersebut.
Inilah FORMULA untuk nak jadi baik. Bak kata Imam Alqushairi:
“Orang yang mahu bertaubat, mesti MULAKAN dengan menjauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, kerana merekalah yang akan mendorong kita agar membatalkan niat dan keinginan untuk bertaubat, serta meragu-ragukan kita tentang azam kita untuk berubah…”
Alhamdulillah syu telah bertemu dengan rakan-rakan MFMS yang amat bermotivasi, bertakwa dan sentiasa berfikiran positif. Mereka merupakan pendorong utama syu untuk kekal bermotivasi, sentiasa meningkatkan amalan agar menjadi seorang jutawan yang bertakwa dan berjaya suatu hari nanti, insya-Allah.
4)Denda dan Hukum Diri Sendiri
Tip keempat yang syu ingin kongsikan ialah kita hendaklah membiasakan diri kita agar menghukum diri sendiri apabila telah melakukan sesuatu kesalahan. Contohnya jika kita telah mengumpat seseorang, kita hendaklah menghukum diri sendiri dengan menceritakan kebaikan seseorang itu pula.
Contoh lain pula, andai kita telah melukakan hati ibu bapa kita, kita hendaklah bersungguh-sungguh cuba menebus kesalahan kita kembali dengan cara berbakti , menghadiahkan mereka sesuatu, atau cuba menggembirakan hati mereka kembali.
5)Sentiasa Membaca Al-Quran
Membaca al-quran dapat membuatkan hati kita menjadi tenang ,serta beroleh pahala yang besar di sisi Allah. Al-quran merupakan mukjizat dari Allah, membaca setiap huruf al-quran dijanjikan 10 pahala dari Allah.
Seelok-eloknya kita cuba membaca setiap terjemahan al-quran ,kerana di situ terdapatnya kalam Allah yang wajib kita ikuti dalam kehidupan harian kita. Ada seorang kawan tu pernah cerita, bila dengar lagu jiwang ,hati dia rasa tenang je. Masya-Allah, maksiat takkan dapat buat hati kita menjadi tenang, melainkan bertambah serabut je.
“Maksiat takkan membuatkan anda hilang dahaga. Maksiat akan membuatkan anda bertambah HAUS! Kepuasan, hanya apabila anda dapat puaskan Allah dengan amal!”
Perasan tak sahabat, ayat-ayat al-quran sungguh indah tersusun, walaupun kita tidak memahami maknanya, namun alunan ayatnya mampu buat hati kita tenang, sayu serta hiba. Tetapi, bila kita faham maknanya, tidak mustahil kita akan mengalirkan air mata apabila membaca makna berkaitan neraka, syurga dan azabnya.
Membaca al-quran dapat membuatkan hati kita yang keras berubah menjadi lembut. Hal ini akan membuatkan kita senang untuk berubah untuk menjadi insan yang berjaya di dunia mahupun di akhirat, insya-ALLAH.
6)Membasahi Lidah dengan Amalan Zikrullah
Setiap dari kita mesti sibuk dengan pelbagai jenis pekerjaan kan, samaada sebagai guru, doktor, surirumah, peguam, ahli perniagaan dan lain-lain lagi. Tetapi terdapat cara yang paling senang untuk kita cuci hati kita , dapat pahala dan meningkatkan darjat kita di sisi Allah.
Sebagai permulaan, kita boleh melatih diri kita berzikir sebanyak 100 kali sehari, contohnya istighfar, selawat, dan menyebut ya Allah. Esoknya, kita boleh menambah bilangan zikir ,sampailah kita dapat membiasakan diri kita untuk sentiasa berzikir ,walau dalam bekerja sekalipun.
Fadhilat berzikir sangat banyak, iaitu dapat menjemput rezeki, dapat membuatkan hati kita menjadi tenang, dapat cinta Allah, dapat mengangkat darjat seseorang dan lain-lain lagi. Apabila hati kita bersih, secara automatiknya kita akan senang untuk melakukan perubahan dalam hidup kita, insya-ALLAH.
Sekian sahaja perkongsian kisah syu hari ini.Akhir kalam,syu doakan anda semua kaya dan berjaya dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Salam sayang dari syu,
~KEJAR AKHIRAT BERSAMA SHAKLEE , DUNIA PASTI AKAN MENYUSUL~
Jika anda suka dengan entry ini , mohon anda tekan button SHARE di bawah . Semoga ia turut memberi manfaat kepada orang lain juga.
DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! Rahsia Mia Menghasilkan Jualan RM1 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan At 'Zero Cost Marketing' Selepas Mengikuti Seminar Dr Azizan Osman Sehingga Terpaksa Berhenti Kerja. Kini Mia Menjadi Working-At-Home-Mom Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan Hanya Dari Rumah.Semoga Bermanfaat...
KLIK DI http://www.ebookniaga.com/sorryboss/ummul
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 2,3,4,5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?(bergantung pada usaha anda)
Hubungi NUR SYUHADA untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
NUR SYUHADA BT MOHD ZAINOM
DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! Rahsia Mia Menghasilkan Jualan RM1 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan At 'Zero Cost Marketing' Selepas Mengikuti Seminar Dr Azizan Osman Sehingga Terpaksa Berhenti Kerja. Kini Mia Menjadi Working-At-Home-Mom Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan Hanya Dari Rumah.Semoga Bermanfaat...
KLIK DI http://www.ebookniaga.com/sorryboss/ummul
No comments:
Post a Comment